Monday, December 06, 2021

Perbahasan Perbekalan 2022, Kementerian Luar Negeri peringkat Jawatankuasa

 Video link: https://fb.watch/9JEJMefiiG/

Ucapan Perbahasan Perbekalan 2022, Kementerian Luar Negeri peringkat Jawatankuasa oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera YB Wong Hon Wai pada 23-11-2021


Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya turut ingin menyertai perbahasan Perbekalan 2022, Kementerian Luar Negeri peringkat Jawatankuasa. Tuan Pengerusi, saya meneliti trend bajet untuk Kementerian Luar Negeri dan terdapat peningkatan dan tahun ini diperuntukkan RM868.5 juta berbanding RM778 juta pada tahun lalu. 


Malaysia mempunyai 111 orang perwakilan di luar negara (foreign mission) di 85 buah negara. Angka ini secara relatifnya besar berbanding jiran-jiran kita di negara ASEAN iaitu kita di belakang Indonesia tetapi kita mempunyai lebih banyak foreign mission berbanding Thailand dan juga Singapura. Singapura hanya membuka 47 buah pejabat di 31 buah negara sahaja. 


Persoalan saya, sama ada kita akan melakukan satu kajian semula terhadap perwakilan kita di luar negeri. Satu strategic alignment perlu dilakukan dengan menumpukan fokus key area kepada rakan niaga kita dan juga strategic partner supaya kita boleh melantik perwakilan untuk beberapa buah negara dalam satu zon atau melantik konsulat kehormat menggantikan wakil tetap. 


Tadi saya sebut Butiran 040300 – Pejabat Perwakilan Luar Negeri.


 Butiran 010000 – Pengurusan. Terdapat beberapa pelantikan Duta Khas Perdana Menteri Timur Tengah Yang Berhormat Marang, China :Yang Berhormat Bintulu dan juga Asia Timur: Yang Berhormat Serian. Saya ingin bertanyakan keberkesanan pelantikan duta khas bertaraf menteri tersebut khasnya Asia Timur. Saya pun hairan terhadap coverage portfolio ini kerana kawasan Asia Timur besar. East Asia termasuk Korea Utara, Korea Selatan, Jepun, Taiwan, Hong Kong dan Macau. Apakah coverage Asia Timur? Apakah struktur laporan ke Wisma Putra untuk memastikan satu synchronization antara duta khas ini kepada Wisma Putra. 


Tuan Pengerusi, Butiran 020000 – Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Pelbagai Hala. Dasar Luar Negara Malaysia didokumenkan dan dibahaskan di Parlimen dengan tajuk "Foreign Policy Framework of the New Malaysia: Change in Continuity tahun 2019". Selepas itu banyak perkara telah berlaku. Penubuhan AUKUS, antara Australia, UK, USA ada penubuhan quadrilateral security dialogue antara US, Australia, Jepun dan juga India. Juga pelbagai isu pencerobohan fighter jet dan kapal tentera asing di Exclusive Economic Zone (EEZ) area di Malaysia. 


Apakah panduan Dasar Luar Negeri Kementerian Luar Negeri kita sama ada terdapat satu kemas kini terhadap Dasar Luar Negara? Dimensi Dasar Luar Negara bukan sahaja merangkumi polisi dasar luar tetapi merangkumi juga pertahanan, keselamatan, alam sekitar yang baharu lepasi COP26, perniagaan antarabangsa, isu-isu RCEP, CPTPP, kesihatan awam secara global. 


Oleh itu, Kementerian Luar Negeri perlu memimpin satu dasar di arena antarabangsa. Saya mencadangkan satu integrated review of foreign policy merangkumi topik-topik yang saya sebutkan tadi. 


Butiran 020800 – Sekretariat ASEAN Malaysia. Baru-baru ini Malaysia dipilih Sekretariat ASEAN Malaysia dan kita perlu menegaskan pendirian kita ASEAN sebagai zon aman, bebas dan berkecuali. Code of Conduct of South China Sea ini masih belum dapat direalisasikan. 


Butiran 020200 – Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan. Malaysia dipilih sebagai ahli Human Rights Council 2021 di Bangsa-Bangsa Bersatu untuk tempoh tiga tahun 2022 sampai 2024. 


 Saya harap bahawa pelantikan di dalam Human Rights Council ini bukan memanaskan kerusi atau warming the seats sahaja.


Bilakah kita akan ratify Convention Against Torture (CAT)? 


Apakah polisi reaksi Malaysia terhadap tindakan pencerobohan hak asasi manusia di Myanmar?


Sebagai rumusan, apakah hala tuju dasar luar negara dari segi military diplomacy dari segi health diplomacy, climate change diplomacy, digital diplomacy? Saya berharap Yang Berhormat Menteri dapat memberikan satu penerangan jelas terhadap dasar luar negara yang kurang diberikan penekanan pada masa ini. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

No comments: